fbpx

Lelaki miliki bakat seni selepas tersedar daripada koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUNTER tersedar daripada koma dan memiliki bakat seni baharu. - SWNS

LONDON – Seorang lelaki di Britain menyedari memiliki kemahiran seni, pertukangan dan pembuatan model secara tiba-tiba selepas tersedar daripada koma, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Moe Hunter, 38, dijangkiti sejenis meningitis bakteria dan tuberkulosis (tibi) yang jarang berlaku pada otaknya.

Selepas menjalani pembedahan otak dan koma selama lebih sebulan, dia tersedar dan hilang ingatan namun, mempunyai kemahiran yang belum pernah dimiliki sebelum ini.

Hunter mendapati dirinya mempunyai kebolehan baharu termasuk bakat melukis, mewarna dan membina model walaupun tidak memiliki bakat seni ketika di sekolah.

Dia kini menggunakan kemahiran tersebut untuk memulakan kerjaya sebagai tukang kayu yang bekerja sendiri.

Bapa kepada seorang anak itu juga mula membina replika rumit daripada siri televisyen dan filem dan menjual karya seni tersebut selain mempamerkan lukisan watak adiwira seperti Loki dan Batman di konvensyen buku komik, Comic Con di seluruh Britain.

Hunter memenuhi rumahnya di bandar Hereford dengan hasil seninya termasuk model watak Scout Walker dan R2-D2 dari filem Star Wars serta robot Chappie dari filem dengan judul sama yang ditayangkan pada 2015.

“Apabila saya bercakap dengan pakar neurologi, dia menyuruh saya ‘menikmatinya’ kerana mereka masih tidak dapat menghuraikan banyak perkara mengenai otak manusia dan ini salah satu daripadanya.

“Menurut doktor, keajaiban berlaku apabila saya berhasil pulih secepat ini tetapi terkejut apabila saya mempamerkan bakat seni baharu ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI