fbpx

Dua remaja maut berlumba motosikal 4 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

MELAKA – Dua remaja lelaki termasuk seorang pelajar sekolah maut ketika berlumba motosikal di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 pagi itu, mangsa berusia 15 dan 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15 telah bertembung ketika berlumba haram.

“Hasil siasatan salah seorang mangsa sedang berlumba dari arah Tangga Batu, manakala seorang lagi dari Tanjung Bruas.

“Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah bertembung sesama sendiri dan kedua-duanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi keadaan jalan adalah lurus dan rata, manakala cuaca dalam keadaan baik serta kawasan diterangi lampu jalan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI