fbpx

Aksi warga emas raih ‘strike’ bikin ramai cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan aksi lincah seorang warga emas sedang bermain boling

PETALING JAYA – Aksi seorang wanita warga emas yang meraih ‘strike’ ketika bermain boling bersama anak-anaknya mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @doaspmuntukmin yang juga anak kepada wanita tersebut menyaksikan aksi santai ibunya yang menggolekkan bola boling sekali gus menjatuhkan semua pin yang ada.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan kelincahan wanita tersebut.

“Saya tarik diri, mak cik ni bukan calang-calang orang, entah-entah pernah wakil Malaysia dalam sukan yang bertaraf antarabangsa, tengok cara baling dah macam orang pakar dalam boling,” komen seorang netizen.

“Ibu-ibu tidak memerlukan target atau ‘scope’ kerana sasaran mereka sentiasa tepat,” komen netizen yang lainnya.

“Saya yang muda ni pun jarang sungguh nak jatuhkan semua pin, kebanyakannya ke dalam longkang perginya, makcik memang hebat, bagus untuk kesihatan keluar peluh banyak,” komen netizen yang lainnya.

Dalam sudut pandang lain, terdapat netizen yang memuji keluarga mereka khususnya anak kepada wanita tersebut kerana meluangkan masa bersama ibunya dan membiarkan ibunya melakukan apa yang dia suka.

“Macam inilah baru betul anak jantan, selalu luangkan masa dengan ibu semnetara dia masih ada, bagi sahaja apa yang ibu nak main atau nak makan, murah rezeki nanti,” tulis netizen itu.

“Inilah yang kan menjadi kenangan bila ibu awak tiada nanti adik, baguslah sentiasa luangkan masa dan gembirakan hati ibu awak.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 600,000 tontonan, 65,300 tanda suka dengan 1014 perkongsian dan dimeriahkan dengan pelbagai komen daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI