fbpx

PRU15: Ismail Sabri berhadapan saingan tiga penjuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tengah) bersama dua pencabarnya daripada PN dan PH pada majlis penamaan calon di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan penyandang Parlimen Bera berhadapan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila berhadapan dengan calon dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ismail Sabri yang menyandang Parlimen Bera mewakili BN sejak 2004 dicabar Ketua Bahagian Bersatu Bera, Datuk Asmawi Harun yang mewakili PN dan calon PH iaitu Naib Ketua PKR Cabang Bera, Abas Awang.

Pengumuman rasmi calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamet Sarif pada pukul 11.23 pagi.

Zaman Azam berkata, pihaknya menerima tiga kertas pencalonan bagi Parlimen Bera dan kesemuanya tidak ditolak dan sah bertanding dalam PRU15.

Katanya, calon pertama menyerahkan kertas penamaan ialah Datuk Asmawi Harun daripada PN pada pukul 9.03 pagi diikuti Ismail Sabri pada pukul 9.08 pagi dan calon PH Abas Awang pada pukul 11.03 pagi.

Terdahulu Ismail Sabri yang diiringi lebih 1,000 penyokong berarak ke pusat penamaan calon bermula pukul 8.52 pagi bersama tiga lagi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, DUN Kemayan dan DUN Triang.

Ismail Sabri yang diiringi pencadang Mokhtar Mohamad dan penyokong Mohamad Amin Sardi memasuki Dewan Penamaan Calon pada pukul 9.15 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI