fbpx

PRU15: Enam kertas pencalonan ditolak SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kertas penamaan calon telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung di seluruh negara hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, daripada enam kertas penamaan yang ditolak itu, empat daripadanya merupakan kerusi Parlimen dan dua lagi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Urusan penamaan calon bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya, Sabah yang berlangsung hari ini telah berjalan dengan lancar.

“Sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) telah dibuka di seluruh negara bermula pukul 9 sehingga 10 pagi tadi bagi bakal calon mengemukakan kertas penamaan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghani, PRU15 kali ini melibatkan sebanyak 222 kerusi parlimen dan 117 kerusi DUN iaitu masing-masing Pahang, Perlis, Perak serta kerusi N66 Bugaya, Sabah.

“Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding namun enam kertas pencalonan telah ditolak yang masing-masing empat kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.

“Parlimen P115 Batu mencatatkan jumlah pertandingan tertinggi dalam PRU15 yang melibatkan 10 penjuru manakala bagi DUN pula yang paling tinggi adalah N.47 Chenderiang, Perak iaitu tujuh penjuru,” ujar beliau.

Abdul Ghani menjelaskan, dengan selesainya urusan penamaan calon tersebut, maka tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam 18 November ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen pilihan raya, Abdul Ghani berkata, perkara itu akan diumumkan kelak menerusi kenyataan media.

“Tiada (hari ini), kita akan maklumkan kemudian,’ ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI