fbpx

Gas pemedih mata penyebab tragedi rempuhan di Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penonton yang menyerbu ke tengah padang di Stadium Kanjuruhan, Malang, 1 Oktober lalu. – AFP

JAKARTA – Satu laporan mendapati gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan polis menjadi pencetus insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, wilayah Jawa Timur, bulan lalu, sehingga menyebabkan 135 orang terkorban, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Laporan dikeluarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia itu menyatakan, kebanyakan kematian dalam insiden tersebut berpunca daripada sesak nafas.

Badan itu turut menekankan mengenai penggunaan kekerasan secara berlebihan oleh anggota  polis dalam kejadian pada 1 Oktober lalu itu

Komnas HAM dalam satu taklimat akhbar kelmarin berkata, penggunaan gas pemedih mata merupakan punca utama kepada apa yang digelar salah satu  tragedi bola sepak terburuk di dunia.

“Mereka perlu bertanggungjawab dari segi undang-undang,” kata Pengerusi badan tersebut, Ahmad Taufik Damanik.

Komnas HAM turut menuduh penganjur sebagai lebih mementingkan aspek komersial berbanding standard keselamatan.

Ia menggesa pihak berkuasa Indonesia untuk mengaudit semua stadium di seluruh negara dengan memberi amaran bahawa perlawanan perlu ditangguhkan sekiranya tiada penambahbaikan dilakukan dalam tempoh tiga bulan.

Laporan dikeluarkan Komnas HAM menyokong siasatan pemerintah yang turut mendapati protokol keselamatan tidak mencukupi menyumbang kepada insiden tersebut.

Tragedi di Stadium Kanjuruhan berlaku selepas peminat pasukan bola sepak Arema FC berlari padang berikutan kekalahan pasukan mereka kepada seteru lama, Persebaya Surabaya, yang mengakibatkan gas pemedih mata dilepaskan.

Beratus-ratus orang kemudian cuba berlari ke pintu keluar sekali gus mencetuskan rempuhan yang mengorbankan banyak nyawa.

Menurut peraturan badan pengawal selia bola sepak seluruh dunia, FIFA, gas pemedih mata untuk mengawal orang ramai tidak boleh digunakan oleh anggota polis atau pengawal dalam mana-mana perlawanan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI