fbpx

178 Hirokazu Tanaka berkumpul pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN itu berjaya memecah rekod dunia di Tokyo pada Sabtu lalu. - Kyodo

TOKYO – Sekumpulan 178 orang bernama Hirokazu Tanaka berkumpul di Jepun dan memecah Guinness World Records kategori perhimpunan terbesar individu dengan nama pertama dan nama keluarga yang sama, lapor United Press International (UPI) semalam.

Persatuan Nama Sama Hirokazu Tanaka yang diasaskan pada 1994 itu memecah rekod dunia di bandar Shibuya. 

Kumpulan itu sebelum ini melakukan percubaan untuk memecah rekod dunia pada 2011 dengan mengumpulkan 71 orang bernama Hirokazu Tanaka, manakala percubaan pada 2017 mengumpulkan 87 orang.

Hanya percubaan terbaharu itu berjaya me­ngatasi rekod dunia sebelumnya. Rekod sebelum ini milik perhimpunan 164 orang bernama Martha Stewart pada 2005.

Semasa perhimpunan itu, setiap ahli persatuan dibezakan dengan alias berdasarkan makanan atau hobi kegemaran mereka termasuk ‘Chewing Gum’, ‘Hot Pot’ dan ‘Triathlon’.

Hirokazu Tanaka, 53, yang dikenali semasa acara itu sebagai ‘pemimpin separa’ telah mengasaskan persatuan tersebut pada 1994.

Beliau mendapat inspirasi selepas mendapati seseorang bernama sepertinya terpilih menyertai pasukan besbol Osaka Kintetsu Buffaloes (kini Orix Buffaloes) dalam liga Besbol Profesional Nippon (NPB). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI