fbpx

PRU15: 70 bekas petugas PN Masjid Tanah lari ikut UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 70 bekas petugas PN kawasan Masjid Tanah, Melaka menyerahkan borang keahlian UMNO, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seramai 70 bekas petugas parti Perikatan Nasional (PN) bagi kawasan Masjid Tanah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO, malam tadi.

Tindakan itu didakwa dilakukan selepas kecewa dengan pengurusan parti berkenaan yang dikatakan tidak sistematik.

Borang keahlian tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang juga bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Turut menyaksikan penyerahan borang berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Abdul Hakim berkata, kumpulan itu yang terdiri daripada individu berusia dalam lingkungan 18 hingga 37 tahun membuat keputusan tersebut secara sukarela atas faktor kelemahan pengurusan PN.

“Sudah pasti dia (keahlian baharu) memberikan keyakinan yang sangat tinggi khususnya kepada saya sendiri dan selebihnya parti yang mana anak-anak muda ini ingin bersama UMNO.

“Ada juga yang menyertai UMNO disebabkan faktor mahukan calon muda,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Abdul Hakim, 37, yang juga merupakan Setiausaha Politik, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali adalah calon BN termuda di Melaka.

Beliau akan berhadapan dengan penyandang Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Bersatu dan dijangka disertai bakal calon parti Muda hasil rundingan bersama Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI