fbpx

Mercedes tidak sedia lepaskan Hamiton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON hampir pasti untuk terus kekal dalam saingan F1 musim depan apabila bakal diberikan kontrak baharu untuk tempoh tiga tahun lagi. – AFP

LONDON – Pasukan Mercedes tidak akan melepaskan pemandu sensasinya, Lewis Hamilton selepas kontrak pelumba berusia 37 tahun tersebut berakhir penghujung saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Mercedes dikatakan sedia melanjutkan kontrak Hamilton bagi tempoh tiga tahun lagi sehingga 2025 apabila sedar pasukan tersebut masih mempunyai tugas yang belum selesai terutama membantu Hamilton untuk mengecapi gelaran dunia kelapan F1.

Hamilton pada mulanya tidak berhasrat untuk berlumba sehingga usia 40 tahun, tetapi terpaksa meneruskan hajat tersebut apabila dinafikan gelaran dunia kelapan di Grand Prix (GP) Abu Dhabi 2021 oleh Max Verstappen (Red Bull).

Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff mendakwa Hamilton mendedahkan hasrat untuk bersaing dalam F1 selama sedekad, namun menganggap ia sebagai gurauan.

Wolff menegaskan pihaknya sedang berusaha untuk melengkapkan beberapa terma mengenai kontrak lanjutan Hamilton bersama Mercedes.

“Saya dan Hamilton telah menjadi sangat rapat antara satu sama lain sejak lapan tahun lalu. Dia benar-benar matang dan sedar tentang kedudukannya dalam kerjayanya.

“Dia tidak dipimpin oleh emosinya dan dia bijak. Hamilton tahu suatu hari nanti, dia tidak akan menjadi yang terbaik untuk dirinya lagi.

“Bagaimanapun, perkara itu belum berlaku dan dia melakukan segala-galanya untuk meneruskan saingan ini. Kami telah berbincang mengenai kontrak, tetapi soal meneruskan perlumbaan untuk tempoh 10 tahun lagi adalah satu gurauan.

“Saya fikir dia mampu menjadi pelumba terbaik sekali lagi. Saya tidak ragu kemampuan Hamilton dalam saingan ini. Apa yang boleh saya katakan, tempatnya musim depan 100 peratus bersama Mercedes,” kata Wolff.

Pada musim ini, Mercedes sedang membina jentera yang terbaik menjelang musim 2023 selepas pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom tersebut bergelut mencari kemenangan pertama musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI