fbpx

Kadar baharu RMT dinaikkan bermula 6 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi seorang murid dinaikkan berkuat kuasa 6 November ini.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kadar baharu itu dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, pelaksanaan kadar baharu itu bakal memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi kemas kini di laman media sosial hari ini berkata, kadar baharu itu pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

“Alhamdulillah, usaha KPM untuk menaikkan kadar RMT dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga.

“KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” ujar beliau.

Pengumuman kadar baharu RMT diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafru Tengku Abdul Aziz pada perbentangan Bajet 2023 lalu yang membabitkan peruntukan sebanyak RM777 juta

Penambahbaikan program RMT dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 800,000 murid dan 7,300 pengusaha kantin sekolah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI