fbpx

PRU15: Keputusan terima kerusi akan dibuat MIC hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC difahamkan telah mengadakan satu mesyuarat khas tergempar mereka sebentar tadi.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan tentang kedudukan MIC dalam gabungan tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Dakwaan berlaku apabila MIC tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN yang turut memberi kerusi kepada Parti Makkal Sakti, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dalam PRU nanti.

Terdahulu, pada pengumuman calon BN semalam, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meletakkan 10 kerusi Parlimen kepada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Ketika pembukaan majlis tersebut semalam, Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran juga tidak kelihatan dengan alasan menghadiri mesyuarat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI