fbpx

Harga gandum dunia meningkat hampir 6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETANI menuai ladang gandum di wilayah Kharkiv, Ukraine pada 19 Julai lalu. - AFP

KIEV, Ukraine – Harga gandum dunia meningkat hampir enam peratus, beberapa hari selepas Russia menggantung penyertaan dalam perjanjian untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Berdasarkan data bursa Chicago Board of Trade (CBOT), kontrak hadapan gandum di­niagakan pada harga AS$8.77 (RM41.50) satu bushel kelmarin, meningkat sebanyak 5.8 peratus. Ia sebelum itu mencecah paras tertinggi AS$8.93 (RM42.26) satu bushel sebelum susut sedikit.

Kenaikan harga itu berlaku berikutan keputusan Moscow yang menyukarkan Kiev. Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan Russia mengeluarkan ke­nyataan menarik daripada perjanjian tersebut pada Sabtu lalu.

“Berikutan tindakan keganasan oleh Kiev dengan kerjasama Britain terhadap armada Laut Hitam (Russia) dan kapal awam yang terlibat dalam koridor ke­selamatan bijirin, Russia membatalkan penyertaannya dalam pelaksanaan perjanjian eksport produk pertanian dari pelabuhan Ukraine,” demikian kenya­taan tersebut. 

Kesan segera penggantungan itu ialah berjuta-juta tan gandum Ukraine menuju ke Afrika dan Asia Barat telah terkandas.

Barat menuduh Moscow menggunakan komoditi makanan selepas gas untuk me­ngukuhkan kedudukan dalam konflik di Ukraine. 

“Russia menarik diri daripada perjanjian keselamatan koridor gandum kerana adalah mustahil untuk menjamin keselamatan pelayaran di kawasan ini (Laut Hitam). Perjanjian seperti ini juga sukar untuk dilaksanakan selain berisiko dan berbahaya,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.

Perjanjian anjuran Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai lalu itu menyaksikan Russia menarik balik sekatan ke atas bandar-bandar pelabuhan Ukraine yang menghadap Laut Hitam bagi membolehkan eksport gandum Kiev disambung semula. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI