fbpx

Taeyang bawa diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEYANG

BINTANG K-pop, Taeyang mencetuskan tanda tanya peminat saat memutuskan untuk memadam semua hantaran dalam Instagram miliknya.

Setelah memadam semua gambar dan video, dia bahkan menukar gambar profilnya menjadi hitam putih.

Sebelum ini, penyanyi itu gemar berkomunikasi bersama peminatnya menerusi aplikasi media sosialnya.

Perbuatan pelik Taeyang itu disedari pada 27 Oktober lalu, sekali gus mengundang spekulasi bahawa anggota kumpulan Big Bang itu akan menghentikan semua aktiviti sosial medianya.

Peliknya juga, perbuatan Taeyang dilihat tidak seiring dengan perancangan kumpulan terkenal Big Bang sebenarnya dalam proses untuk melancarkan karya terbaharu mereka berjudul Spring Summer Autumn Winter pada April tahun hadapan.

Mereka juga masih berbincang sama ada untuk meneruskan kontrak bersama YG Entertainment pada tahun 2023.

Taeyang sebelum ini telah berkahwin dengan seorang pelakon Min Hyo-rin pada 2018 dan menimang seorang cahaya mata lelaki Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI