fbpx

PRU15: UMNO Tenggara tetap mahu Adham Baba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham Baba.

PETALING JAYA- UMNO Bahagian Tenggara hanya akan menghantar satu nama sahaja iaitu Datuk Seri Dr. Adham Baba untuk mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenggara, Nasaruddin Ahmad berkata, Adham Baba merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin pada masyarakat di kawasan Parlimen tersebut.

“Kami mengharapkan pihak atasan sama ada peringkat pimpinan BN dan UMNO untuk melihat perkara ini kerana inilah suara kami dan bukannya atas dasar untuk melobi semata.

“Warga Tenggara risau jika nama Adham Baba tidak dicalonkan ia akan menggugat kemenangan BN dalam PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebagai solidariti bersama Dr. Adham di Pejabat UMNO Bahagian Tenggara di sini yang turut dihadiri ketua parti komponen, kesemua 26 ketua pusat daerah mengundi (PDM) juga 45 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tenggara.

Katanya, sekiranya diimbau kembali Dr. Adham adalah antara lapan ahli parlimen BN yang menang walaupun tsunami politik berlaku pada tahun 2018 dan kemenangan beliau dengan majoriti besar itu adalah disebabkan khidmat bakti beliau terhadap rakyat.

“Datuk Dr. Adham adalah calon WALI (winnability boleh menang, aceptibility, kebolehterimaan dan likeability, disenangi) kami, dan beliau sudah buktikan selama jadi Ahli Parlimen di sini dan kemudian dinobatkan sebagai menteri beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan baik,” jelasnya.

Nasaruddin berkata beliau berharap kepimpinan tertinggi BN, UMNO memandang serius untuk menobatkan Dr. Adham selaku calon parlimen itu.

“Saya amat bimbang sekiranya pengumuman calon malam ini sekiranya nama Datuk Dr. Adham tiada dalam senarai kita risau akan ada malapetaka lebih besar di Parlimen Tenggara.

“Bagi kami tidak ada calon lebih layak lebih baik untuk persembahan melainkan Datuk Dr. Adham. Selaku Timbalan Pengarah BN Tenggara membawa harapan ini, suara kami ini agar suara ini didengar pihak BN kebangsaan UMNO Malaysia nilah suara kami dari BN Tenggara

“Kami akan berusaha bawa suara kami ke peringkat atasan untuk pastikan Datuk Dr. Adham tetap menjadi calon,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI