fbpx

Ketua Puteri UMNO Kelantan ditawar calon Parlimen Ketereh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

KOTA BHARU – Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Aradilla Ariffin ditawarkan untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Marzuani Aradilla yang juga Ketua Puteri UMNO Ketereh telah merujuk mengenai perkara tersebut kepadanya.

Menurutnya, bagaimanapun, pencalonan itu masih dalam peringkat rundingan hari ini.

“Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan 12 nama yang tidak dicalonkan dan saya tidak nafikan dan tidak mahu berpura-pura tidak tahu. Ketua Puteri saya ditawarkan (di Parlimen Ketereh) dan perkara itu sudah tular. Saya okay sahaja.

“Hari ini masih lagi berlaku rundingan (kerusi Parlimen Ketereh) dan dia (Ketua Puteri UMNO Ketereh) ada rujuk kepada saya mengenai perkara itu. Saya ada maklumkan kepada dia yang penting apabila bertanding biarlah menang.

“Sekiranya boleh, sumbang satu kerusi kepada parti, itu yang sebaik-baiknya. Bukan hanya sekadar bertanding, kalau boleh menang, baguslah. Bertanding perlu bayar deposit, berhabis beratus ribu malah berjuta untuk berkempen,” katanya pada sidang akhbar di Hotel The Grand Renai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI