fbpx

‘Caprice tak pernah larikan diri dari masalah’ – Alyph

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Alyph mendedahkan Caprice merupakan antara kawan baiknya yang sentiasa mendengar.

PETALING JAYA – Mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, penyanyi hip-hop kelahiran Singapura, Alyph sangat menhargai bantuan dicernakan aktivis kemanusiaan, Caprice saat dirinya berdepan depresi sewaktu pandemik Covid-19.

Alyph atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Abdullah berkata, Caprice merupakan antara individu terawal menghulurkan bantuan ketika dirinya diserang depresi.

“Caprice kawan baik saya dan orang pertama yang saya mesej ketika rasa ada ‘sesuatu’ tak kena dengan kesihatan mental adalah dirinya.

“Kami dah kenal lama. Dia ada beritahu apa patut saya buat (waktu itu) dan memberi jalan bagaimana untuk berdepan masalah tersebut (depresi).

“Saya sangat hormat dan hargai Caprice sebab tak kisahlah apa sahaja yang sedang berlaku, dia sentiasa akan angkat panggilan telefon saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

ALYPH hadir dengan single baharu berjudul Swipe yang menampilkan Datuk Seri Vida kini mula menjadi siulan ramai – MUHAMAD IQBAL ROSLI

Menyedari kontroversi dan sensasi yang selalu dikaitkan dengan figura itu, Alyph bagaimanapun berkata, dia lebih suka memandang benda-benda yang positif hadir dari diri Caprice berbanding perkara negatif yang diperkatakan ramai.

“Caprice tak pernah larikan diri daripada apa-apa pun. Jadi, apa sahaja yang dia buat sekarang, kita sebagai manusia sebenarnya hanya suka tengok dan lontarkan pendapat membabi buta.

“Sungguhpun begitu, saya bersetuju bahawa beberapa perkara perlu diselesaikan atau dilaksanakan secara peribadi,” ujarnya.

Pada pandemik lalu, Alyph mendedahkan dirinya berdepan dengan masalah kesihatan mental namun enggan memperincikan apa sebenarnya yang dihadapinya.

Kini apabila keadaan dunia semakin memulih, perlahan-lahan kesihatan mentalnya juga semakin membaik.

“Apa saya boleh nasihat, kalau ada sesuatu yang tak kena dengan mental kita. Jangan percaya apa yang kalian baca atau nampak dalam internet.

“Dapatkan bantuan (jumpa pakar). Baca buku untuk dapatkan ketenangan atau baca al-Quran,” kata penyanyi yang kini meledak dengan lagu berjudul Swipe itu.

Baru-baru ini, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli mendedahkan dirinya berdepan masalah depresi dan insomnia dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserang panik,” dedahnya dalam satu perkongsian video dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI