fbpx

Annuar Musa beri bayangan mahu lompat parti jika tak dipilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar pada sidang akhbar di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu hari ini. -Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan beliau berkemungkinan akan bertanding di Parlimen itu mewakili parti lain sekiranya tidak ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata, bagaimanapun, segala keputusan akan dibuat selepas parti memutuskan sama ada beliau akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, beliau mahu melihat perkembangan yang berlaku ketika ini sebelum membuat sebarang keputusan berkait dengan masa depan politiknya.

“Saya fikir biar perkara tersebut (namanya tidak tercalon) terjadi terlebih dahulu. Saya tidak mahu terlebih awal merancang dan ia seolah-olah mendahului qada dan qadar.

“Ketika ini, saya tidak boleh panik dan gelabah seperti menjadi calon itu merupakan segala-galanya dalam hidup. Menjadi wakil rakyat ini perlu berkhidmat kepada wakil rakyat dan paling penting adalah membuat kerja dengan bersungguh-sungguh,” katanya pada sidang akhbar di Hotel The Grand Renai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Annuar, beliau akan merujuk kepada pemimpin masyarakat, imam-imam dan rakyat untuk mendapatkan pandangan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjaya politiknya.

Katanya, selain itu, beliau juga melihat suasana politik negara sudah berubah apabila kebanyakan parti berada dalam kerajaan ketika ini.

“Ketika ini, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kerajaan. Dahulu, apabila keluar parti kerajaan, kita akan masuk parti pembangkang.

“Kini, sekiranya tidak berada dalam kerajaan (BN), ada parti lain yang juga daripada kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI