fbpx

Piala Malaysia: TRW jumpa JDT di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pemain Kelantan FC dan Sarawak United pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad lV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kelantan FC mara ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia dengan agregat 2-1 meskipun hanya sekadar seri 1-1 dengan Sarawak United pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung dalam suasana mendebarkan terutama apabila memasuki minit-minit akhir, namun nasib menyebelahi skuad The Red Warriors (TRW) di hadapan 4,369 penyokong.

Sarawak United yang turun dengan defisit satu gol melancarkan serangan awal ke kubu Kelantan FC sebaik sepak mula untuk cuba memadam kelebihan dimiliki pasukan tuan rumah.

Pasukan tuan rumah lebih dahulu mengejutkan kem pelawat menerusi jaringan Nurshamil Abd. Ghani pada minit ke-12 sekali gus menghukum kealapaan barisan pertahanan Sarawak United.

Ketinggalan satu gol, Sarawak United menggandakan asakan sebelum memperoleh gol penyamaan pada minit ke-31 melalui jaringan Raja Imran Shah Raja Amin.

Jaringan tersebut bagai memberi nafas baharu buat Sarawak United untuk mencari gol sekali gus memberi tekanan kepada kem tuan rumah.

TRW tidak berdiam diri dan terus berusaha mencari gol tambahan, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sarawak United terus berusaha memberi tekanan kepada TRW dan cuba mencari gol tambahan bagi menghidupkan kembali peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, keputusan 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan FC bakal menentang Johor Darul Ta’zim pada saingan suku akhir Piala Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI