fbpx

Indonesia batal permit festival muzik selepas diserbu 21,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lautan manusia y membanjiri Stadium Istora Senayan bagi menghadiri Festival Berdendang Bergoyang di Jakarta. - Istimewa

JAKARTA – Polis Jakarta Pusat membatalkan permit Festival Berdendang Bergoyang yang berlangsung di Stadium Istora Senayan selepas dibanjiri kira-kira 21,000 penonton, lapor laman berita Kompas semalam.

Festival muzik selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu dan sepatutnya tamat semalam itu dipendekkan kepada hanya dua hari bagi mengelakkan tragedi tidak diingini daripada berlaku.

Berdasarkan beberapa keping foto yang tular di media sosial, lautan manusia dilihat memenuhi stadium dengan semuanya bersesak tanpa penjarakan fizikal.

Bahkan ada antara mereka yang duduk di balkoni pintu masuk serta yang lain kelihatan berada dalam kepanasan.

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komisioner Besar Komarudin berkata, terdapat sekurang-kurangnya puluhan orang pengsan kerana pengunjung melebihi kapasiti stadium.

“Kapasiti asal stadium adalah 7,166 tetapi pengunjung yang hadir sekitar 21,000.

“Polis menerima laporan terdapat berpuluh-puluh mangsa pengsan kerana sesak nafas,” ujar Komarudin.

Sementara itu, penganjur festival tersebut membuat permohonan maaf kepada pengunjung atas insiden yang berlaku dan berjanji akan meningkatkan kualiti serta tahap keselamatan acara di masa akan datang.

“Dengan berat hati dimaklumkan bahawa Festival Berdendang Bergoyang yang diadakan di Istora Senayan & South Parking GBK terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan.

“Kami memohon maaf yang tidak terhingga atas kejadian ini. Kami berjanji akan membuat persediaan rapi dengan mengikut prosedur dan mengutamakan keselamatan penonton pada acara masa depan,” tulis jawatankuasa itu di laman Instagram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI