fbpx

Korea Selatan batal semua acara, jualan, promosi mengenai Halloween

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman tragedi rempuhan Itaewon yang tular di laman Weibo. - Weibo

SEOUL – Beberapa konsert dan festival yang sepatutnya berlangsung di Korea Selatan minggu depan telah dibatalkan atau ditangguhkan selepas tragedi rempuhan huru-hara yang meragut nyawa lebih 150 orang di Itaewon, tengah Seoul malam semalam, lapor akhbar JoongJang Daily hari ini.

Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan hari ini berkata, ia telah membatalkan konsert klasik yang dirancang berlangsung di Blue House bermula Selasa.

“Kami telah memutuskan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada 1 dan 4 November serta status konsert pada 7 dan 11 November akan diumumkan kemudian,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Konsert K-pop, Busan One Asia Festival juga telah dibatalkan pagi hari ini, hanya beberapa jam sebelum ia dijadualkan berlangsung di Stadium Utama Asiad Busan pada pukul 7 malam (waktu tempatan).

Konsert itu dirancang menampung kira-kira 40,000 pengunjung ke lokasi tersebut dengan lebih 10 bintang K-pop dijemput untuk membuat persembahan termasuk Mamamoo.

Jawatankuasa penganjur mula menghantar teks pembatalan kepada orang ramai dengan bayaran balik tiket akan diberikan dari 2 hingga 11 November.

Selain itu, pesta bunga api yang dijadual berlangsung pada 5 November di Busan juga telah dibatalkan.

Taman hiburan Everland dan Lotte World turut membatalkan perayaan dan perarakan Halloween mereka.

Peruncit juga membatalkan sebarang acara promosi manakala saluran televisyen telah membatalkan drama dan pelbagai rancangan untuk menghormati mangsa yang terkorban.

Starbucks Korea turut menghentikan penjualan semua minuman, makanan dan barangan Halloween bermula pagi hari ini dengan hiasan Halloween telah dialih keluar dari semua cawangannya di seluruh negara. 

Rancangan hiburan popular Running Man dan One Night, Two Days juga telah dibatalkan untuk Ahad ini. – Agensi

Ini adalah tragedi kedua paling besar yang pernah berlaku di Korea Selatan selepas insiden Feri Sewol terbalik pada 2014 yang meragut 304 nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah tinggi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI