fbpx

Hebat Shila Amzah menyanyi ‘tarik’ sambil duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKIPUN menyanyi di pusat karaoke, tetapi nyanyian Shila Amzah disifatkan bertaraf seperti sebuah konsert oleh peminatnya.

AKSI penyanyi Shila Amzah berkongsi kegiatannya berkaraoke menuai pujian peminat. Mana tidaknya, dalam keadaan santai, Shila masih mampu menyanyi dengan baik.

Malah dapat mencapai nada tinggi walaupun ketika duduk sewaktu menyanyikan lagu Cobalah Untuk Setia dendangan asal Kris Dayanti.

Kata Shila menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, bernyanyi merupakan salah satu terapi buat dirinya.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata peminatnya kagum dengan kemampuan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu menyanyi walaupun dalam keadaan bersahaja.

Malah nyanyian karaoke Shila dikatakan seperti persembahan konsert.

“Ini bukan karaoke, tapi dah macam konsert!” kata seorang netizen.

“Sambil duduk pun boleh selamba tarik. Aku tak boleh terima mikrofon jauh dari mulut, tapi suara padu,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Kelakarlah komen-komen netizen. Sudah namanya penyanyi, buka sahaja mulut automatik mestilah boleh menyanyi.

Cuba bagi mikrofon itu pada Diva, automatik akan mengaji sebab Diva bekas johan tilawah al-Quran tau!

DIVA: Teruk juga penyanyi Beby Acha melatah rupa-rupanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI