fbpx

Acah-acah T20 pun beli KFC promo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Minggu lalu, ramai yang sanggup beratur panjang dan bersesak untuk membeli dua hidangan snack plate KFC pada harga RM20 sahaja. Pada hari biasa, harga satu hidangan itu RM16.99 bagi set dua ketul ayam goreng.

Suasana ‘meriah’ seperti ini bukan perkara baru, sebaliknya setiap kali ada promosi, bukan sahaja di KFC, malah di mana-mana restoran makanan segera yang lain turut diserbu pelanggan.

Ada ibu atau bapa yang dilihat mundar-mandir bersama anak-anak di luar premis sementara menunggu restoran makanan segera itu dibuka dan ada pula yang sudah beratur awal.

Bagi golongan T20 dan M40 yang berkemampuan, mereka mungkin tidak sanggup menunggu lama semata-mata mahu merebut promosi itu yang diadakan sehari sahaja.

Tetapi bagi mereka yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan promosi tersebut, jangan pula menyindir mereka seolah-olah semua itu golongan miskin atau B40.

Isu ini tercetus kerana terdapat individu memuat naik status di media sosial memerli orang ramai yang sanggup bersusah payah untuk membeli ayam goreng, sedangkan ia boleh dibeli pada hari lain.

Mungkin nasib kita beruntung kerana ada rezeki lebih dan anggap ayam goreng tersebut boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja apabila teringin tanpa perlu menunggu sebarang promosi.

Namun, bagi golongan susah terutama keluarga yang mempunyai ramai anak, saat-saat promosi sebegini mereka dapat memberi anak-anak merasai ayam goreng seketul seorang.

Jika tidak pun terpaksa menunggu gaji masuk pada hujung bulan atau duit kerja lebih masa untuk menggembirakan isteri serta anak-anak dengan makanan sedap.

Ada orang hanya mampu membahagiakan keluarga dengan RM20, ada yang mampu sehingga RM200. Kena ingat bukan semua orang hidup senang kerana setiap orang kehidupan berbeza.

Baru-baru ini, Kosmo! juga pernah melaporkan, sebahagian daripada golongan B40 yang tinggal di kampung dan bandar terpaksa berjimat bagi ‘mengisi perut’ ahli keluarga mereka setiap hari.

Mereka yang ditemui mengakui hanya masak satu lauk sehari selain membeli bahagian tertentu ayam yang dipotong kecil kerana lebih murah dan boleh dimakan anak beranak sehingga malam.

Kesusahan ini berlaku ekoran tekanan ekonomi yang mengakibatkan kos sara hidup melonjak sehingga memaksa sebahagian rakyat terpaksa berjimat.

Jadi tidak mustahil apabila sesuatu promosi diadakan, ramai orang akan merebut peluang ini, bukan sahaja golongan kurang berkemampuan, sebaliknya mereka yang beracah-acah T20 pun sebenarnya sanggup beratur panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI