fbpx

Lama hilang, ketawa Ameera Khan ubati rindu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHILANGAN Ameera Khan dalam media sosial sejak Julai lalu akhirnya mengubati kerinduan peminat selepas dapat mendengar suaranya menerusi siaran langsung TikTok Neelofa.

PETALING JAYA – Sejak menghilangkan diri dari dunia media sosial beberapa bulan lalu, kelibat Ameera Khan dicari-cari peminat melalui siaran langsung TikTok kakaknya, Neelofa.

Neelofa melakukan siaran langsung berinteraksi dengan peminat semasa anaknya, Muhammad Bilal sedang tidur ketika berada di sebuah hotel di Johor baru-baru ini.

Semasa siaran langsung tersebut, peminat sering bertanyakan mengenai Ameera atau lebih mesra disapa Little Miss Khan (LMK) yang sudah lama menghilangkan diri.

“LMK ganti Bilal sekarang,” gurau Neelofa merujuk kepada Ameera yang kini hidup tanpa media sosial.

Dalam video tersebut juga, Neelofa meminta Ameera berkomunikasi sedikit tanpa menunjukkan muka untuk melepaskan kerinduan buat peminat.

“Baby (nama panggilan LMK), cuba cakap sikit,” kata Neelofa.

Hello, apa khabar semua?” ujar LMK pendek tanpa menunjukkan wajahnya kepada umum.

Keunikan gelak tawa keluarga itu menjadi tumpuan dan turut menjadi ikutan para peminat yang menonton siaran langsung tersebut.

“Tak lawak sebenarnya tapi mereka gelak automatik saya pun terikut sama,” komen netizen.

“Memang suka dengar gelak mereka adik-beradik. Terhibur walaupun hanya bahagian ketawa,” seloroh peminatnya.

“Hilang rindu dapat dengar mereka gelak,” kata seorang pengikut.

Terdahulu, sekitar Julai lalu, Ameera secara tiba-tiba memadam semua foto dan perkongsian Instagram.

Tindakan selebriti berusia 22 tahun itu menimbulkan tanda tanya ramai peminat tentang kehilangannya dalam media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI