fbpx
Tidak menjadi kewajipan kepada pekerja penghantaran untuk mengetahui secara terperinci kandungan barang yang dihantar sama ada halal atau haram dari segi hukum syarak.- Gambar hiasan

Hukum menghantar barangan yang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kini, bisnes e-hailing semakin berkembang. Apakah hukumnya jika kita menghantar bungkusan berisi barangan haram tanpa pengetahuan kita atau membawa penumpang bukan Islam yang membawa barangan haram seperti khinzir atau arak?

JAWAPAN:
Perkhidmatan menghantar barang seperti makanan dan pemandu teksi adalah pekerjaan yang harus.

Ia dibenarkan selagi tidak dikhususkan untuk kegiatan haram seperti mengedar dadah atau memandu bagi kegiatan jenayah.

Seseorang yang bekerja sebagai penghantar barangan dan pemandu kenderaan dengan sifat pekerjaan itu bukan bertujuan jahat, maka hasil pendapatannya adalah halal.

Tidak menjadi kewajipan kepada pekerja penghantaran untuk mengetahui secara terperinci kandungan barang yang dihantar sama ada halal atau haram dari segi hukum syarak.

Memadai untuk dia mengetahui bahawa barangan yang dihantar itu tidak menyanggahi undang-undang pemerintah demi keselamatan dirinya.

Ini kerana, syarak tidak menyuruh seseorang mengintip barangan orang lain.

Bukan tugasan pekerja berkenaan juga untuk membuat pemeriksaan dari segi hukum syarak tentang barang yang dia bawa.

Jika secara jelas tugasannya khas untuk membawa barang-barang haram seperti arak, khinzir dan seumpamanya kepada bukan Muslim, maka ia adalah diharamkan dari segi syarak di sisi majoriti ulama.

Bagaimanapun, di sisi Mazhab Hanafi, ia dibolehkan sekiranya bahan-bahan haram dari segi syarak itu untuk bukan Islam dan petugas Muslim bukan secara langsung menghasilkan bahan-bahan tersebut, tetapi sekadar menghantar.

Pendapat majoriti ulama lebih wajar dipegang melainkan jika seseorang itu sangat sukar mendapat pekerjaan bagi menampung hidupnya.

Maka, seseorang itu boleh mengamalkan pendapat Mazhab Hanafi tersebut. Pada masa sama, dia hendaklah berusaha mendapatkan pekerjaan lain.

Adapun jika terdapat barangan sampingan ikutan (tabi’) yang haram, padahal itu bukan asal tugasan, maka hal itu dimaafkan.

Misalnya, seorang pemandu teksi membawa penumpang bukan Muslim yang bersamanya arak.

Maka, hal ini dimaafkan kerana tugasan asalnya adalah membawa penumpang, bukannya arak.

Arak tersebut hanyalah sampingan ikutan atas yang asal sahaja. Ini berdasarkan kaedah:-

Maksudnya: “Dimaafkan pada perkara-perkara ikutan sampingan apa yang tidak maafkan pada selainnya.”

Demikian juga jika seseorang itu bertugas membawa lori seperti barangan pindah rumah yang terkandung secara sampingan di dalamnya barang-barang haram dari segi syarak seperti makanan, maka hal itu dimaafkan.

Ini kerana, upah asalnya adalah membawa barang-barang rumah yang zahirnya harus, adapun barang-barang haram adalah ikutan sampingan sahaja.

Begitu juga jika seseorang itu bertugas menghantar makanan. Jika makanan itu adalah harus seperti nasi, mi atau seumpamanya, maka hukumnya harus.

Jika terdapat kandungan sampingan yang haram, maka hukumnya sama seperti barangan sampingan ikutan tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN