fbpx

Asteroid gergasi lintas Bumi minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASTEROID itu akan melepasi Bumi pada minggu hadapan. - Getty Images/iStockphoto

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa sebuah asteroid gergasi akan melintas Bumi pada minggu hadapan, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Asteroid ‘berpotensi berbahaya’ itu dinamakan 2022 RM4 dan mempunyai anggaran diameter 740 meter.

Ukuran itu dua kali ganda saiz The Shard iaitu bangunan pencakar langit di London yang merupakan bangunan tertinggi di Britain setinggi 310 meter.

Saiz asteroid itu bahkan hampir menyamai pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa setinggi 828 meter.

Menurut NASA seperti dipetik laman berita sains, LiveScience.com, asteroid itu akan bergerak melepasi Bumi pada kelajuan sekitar 84,500 kilometer sejam.

Ia akan melintas Bumi pada jarak sekitar 2.3 juta kilometer sekali gus risiko pelanggaran dengan Bumi adalah tipis. 

Pengarah Institut Teknologi dan Industri Angkasa, Profesor Alan Duffy pula menggesa orang ramai supaya tidak melihat fenomena sesebuah asteroid memasuki atmosfera Bumi.

“Saya akan katakan nasihat terbaik ialah tidak menyaksikan kejadian seperti ini. Banyak kecederaan dilaporkan di Chelyabinsk (kejadian meteor terhempas di Russia pada 2013).

“Orang ramai melihat bola api yang terbakar di langit sebelum meletus dan memancar kecerahan yang sama seperti Matahari. Ini menyebabkan berlakunya kerosakan retina pada mata mereka yang tidak melihat dengan cara yang betul,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI