fbpx

Helikopter terhempas: Pasukan Doktor Udara pulang lawat Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat tersebut di lokasi ia terhempas di Brinchang, Cameron Highlands hari ini.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan nahas udara melibatkan sebuah helikopter berhampiran Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi membabitkan Pasukan Doktor Udara (FDU) dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika kejadian, pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melakukan lawatan berkala ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, notifikasi kejadian diterima oleh Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Cameron Highlands pada pukul 1.50 petang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands.

“Mangsa yang terlibat adalah seramai enam orang terdiri daripada seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan, seorang jururawat kesihatan, seorang pembantu kesihatan awam, seorang jururawat masyarakat serta seorang juruterbang.

“Saya difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat selaku pasukan ‘first responder’ telah sampai ke lokasi kejadian dan dalam usaha membawa turun semua mangsa,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini tadi.

Katanya, dua pasukan perubatan kecemasan diketuai seorang pakar perubatan kecemasan juga turut digerakkan ke tempat kejadian dari HoSHKA.

Khairy berkata, semua mangsa akan dibuat penilaian terlebih dahulu oleh pasukan petugas perubatan di zon rawatan apabila dibawa keluar dari tempat nahas.

“Mangsa yang stabil akan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, manakala bagi mangsa yang mengalami kecederaan akan distabilkan terlebih dahulu di HoSHKA sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Setakat jam 7 malam, empat mangsa yang cedera telah berjaya di bawa keluar dari tempat nahas ke zon rawatan untuk dilakukan penilaian perubatan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI