fbpx

Anjung Kasih YKN ditubuhkan di Hospital Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Hospital Cyberjaya semalam. FOTO INSTAGRAM RINA HARUN

PUTRAJAYA – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menubuhkan Anjung Kasih YKN di Balai Pelawat Hospital Cyberjaya bagi membantu meringankan beban keluarga pesakit yang memerlukan penginapan ketika berada di hospital.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Anjung Kasih itu menyediakan pelbagai kemudahan secara percuma antaranya bilik penginapan yang lengkap dengan katil dan almari pakaian selain ruang rehat, televisyen, ruang makan serta surau.

“Saya telah membuat lawatan ke Hospital Cyberjaya yang baru siap dibina. Alhamdulillah, semua fasiliti dan kelengkapan telah disusun atur dengan baik dan sedia untuk digunakan menjelang hari pembukaan rasmi 11 November ini.

“Lawatan dimulakan dengan melawat Balai Pelawat Hospital Cyberiaya yang akan dinaiktaraf menjadi Anjung Kasih @yayasankebajikannegara (YKN).

“Anjung Kasih YKN merupakan inisiatif khas menyediakan tempat penginapan sementara kepada waris kurang berkemampuan, tinggal di kawasan luar bandar dan menghadapi masalah pengangkutan untuk menemani ahli keluarga yang menerima rawatan di hospital,” katanya menerusi laman Instagram rasminya.

Jelas Rina, dalam lawatan yang sama beliau berkesempatan meninjau wad bersalin dan wad pediatrik yang dilengkapi dengan teknologi serta kelengkapan terkini bagi kemudahan dan keselesaan pesakit serta para kakitangan hospital untuk memberi perkhidmatan kesihatan.

Rina turut merakamkan penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam membangunkan hospital berkenaan.

“Syukur, penduduk sekitar bakal menikmati perkhidmatan kesihatan yang baik tidak lama lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI