fbpx

Adam Corrie tolak sertai parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM Corrie berkata, dia hanya mahu menjadi rakyat biasa dan enggan terlibat dengan mana-mana parti politik.

PETALING JAYA – Pelakon Adam Corrie Lee menyuarakan penegasannya yang enggan terlibat dengan mana-mana parti politik.

Kata Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 54, dia tidak terfikir untuk ke arah itu kerana mahu menjadi rakyat biasa.

Justeru, pelakon itu meminta maaf kepada semua parti politik yang menghubunginya untuk mengajak berkempen.

“Minta maaf kepada parti-parti politik yang menghubungi saya mengajak untuk berkempen bagi parti mereka.

“Saya tak mahu terlibat dengan politik. Nak jadi rakyat biasa sahaja. Terima kasih,” katanya.

Bagaimanapun, Adam tidak mendedahkan nama parti yang menghubunginya.

Di Malaysia, ramai selebriti pernah terlibat dengan kempen untuk parti politik pada siri pilihan raya umum (PRU) contohnya ketika PRU ke-14 (PRU14) pada 2018.

Antaranya Rosyam Nor, Wan Aishah Wan Ariffin, Zainal Abidin, Norman KRU, Khir Rahman dan Anne Ngasri.

Untuk PRU15 kali ini, beberapa selebriti popular dilihat aktif menyertai parti politik masing-masing seperti Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hans Isaac dan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Johor, Shahrol Shiro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI