fbpx

14 PATI warga Myanmar gagal seludup masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan PATI warga Myanmar yang ditemui bersembunyi di kawasan sungai sekitar Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 14 warga Myanmar ditahan ketika cuba menyeludup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand dalam Op Benteng di sini semalam.

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu ditahan anggota tentera dari Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut kenyataan 2 Divisyen, kumpulan PATI terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 39 tahun ditemui bersembunyi di kawasan sungai sekitar Felda Bukit Tangga di sini.

“Mereka didapati masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak sah dengan kejadian berlaku di sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mereka berjaya dijejaki oleh sepasukan anggota tentera yang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Myanmar serta tujuh beg pakaian dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM1,500.

“Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI