fbpx

Wanita miliki dua pusat akibat ‘sindrom kembar hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNY menunjukkan bahagian badannya yang mempunyai dua pusat. - BBC

DUBLIN – Seorang wanita mendedahkan bahawa doktornya percaya dia ‘mungkin menyerap kembarnya ketika dalam kandungan’ selepas dilahirkan dengan dua pusat, lapor laman berita LadBible.

Jenny dari Wicklow, Ireland mendedahkan pengalamannya memiliki dua pusat setelah muncul dalam rancangan televisyen, The Graham Norton Show pada Jumaat lalu.

“Saya mempunyai dua pusat dan menggunakan kelebihan ini untuk mendapatkan minuman percuma. Doktor fikir saya telah menyerap kembar saya dalam kandungan,” kata Jenny.

Keadaan luar biasa itu yang dipanggil ‘sindrom kembar hilang’ adalah sejenis keguguran yang berlaku apabila embrio berhenti berkembang dan tisunya diserap oleh ibu atau embrio lain yang masih hidup.

Ia boleh berlaku sebelum kandungan mencecah usia 12 minggu. Oleh itu, sebelum imbasan ultrasound pertama, ibu bapa dan doktor tidak pernah menyedari bahawa terdapat dua embrio.

Jenny menambah bahawa pada satu sambutan hari lahirnya, dia menerima minuman percuma ‘sepanjang malam’ kerana menunjukkan pusatnya kepada seorang kakitangan yang mempunyai fobia terhadap  pusat.

“Saya menunjukkannya kepadanya dan dia benar-benar ketakutan dan mula menangis. Mereka kemudian memberi saya minuman percuma sepanjang malam,” jelas Jenny. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI