fbpx

Konsert Radja, Repvblik tawar harga baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA buah band popular dari negara jiran, Radja dan Repvblik akan turun ke negara ini pada 13 November depan sempena penganjuran konsert mereka, Konsert Radja dan Repvblik Live In Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Buat julung kalinya, dua band popular Indonesia, Radja dan Repvlik bergabung di atas satu pentas yang sama sempena penganjuran Konsert Radja dan Repvblik Live In Kuala Lumpur pada 13 November depan.

Konsert yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) tersebut cukup dinantikan peminat memandangkan mereka memiliki populariti dan kelompok peminat tersendiri di negara ini.

Bagaimanapun, kedengaran khabar tidak enak mengatakan harga tiket dikenakan agak tinggi dan membantutkan hasrat peminat untuk menonton konsert mereka.

Justeru, penganjur iaitu 2NBA Entertainment prihatin dan mendengar rungutan peminat sekali gus menawarkan harga tiket dengan konsep beli satu, percuma satu (B1F1).

Malah harga tiket konsert dua buah band itu juga dikurangkan sebanyak RM100 untuk Zone 1, 2 dan 3, manakala RM50 pula dikurangkan bagi pembeli tiket di Zone 3, 4 dan 5.

Harga baharu tiket konsert Radja dan Repvlik kini dijual serendah RM198 (Zone 6), RM298 (Zone 5), RM398 (Zone 4), RM498 (Zone 3), RM698 (Zone 2) dan RM598 (Zone 1).

Kedatangan dua buah band popular itu ke negara ini pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka di sini.

Radja terkenal dengan lagu hit mereka berjudul Tulus, Jujur dan Benci Bilang Cinta, sementara Repvblik pula dengan lagu Sandiwara Cinta serta Selimut Tetangga.

“Buat peminat kumpulan Radja dan Repvblik, pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.

“Dengan pasukan produksi yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti terpahat dalam jiwa semua yang hadir,” kata wakil penganjur, Aidiel Abdul Ghaffar.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan buat pertama kali dua kumpulan popular itu di atas satu panggung, segera dapatkan tiket menerusi laman web ilassotickets.com. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI