fbpx

PRU15: Lebih 12 jentera dilancar, BN tawan semula Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh bersama peserta yang menghadiri Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Lebih 12 Parlimen di Selangor sudah melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, sebahagian daripada 22 Parlimen telah melaksanakan tanggungjawab itu sehingga semalam.

“Apa yang penting komponen BN bagi pilihan raya kali ini bersedia sepenuhnya sekali gus mahu menawan semula Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di Seksyen 13 di sini, petang tadi.

Beliau berkata, BN Selangor sudah menetapkan sasaran jumlah kemenangan kerusi dalam PRU15.

“Selain itu, perbincangan mengenai pembahagian kerusi masih sedang dijalankan ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, peruntukan Skim Pembiayaan Online (SPOT) Tekun Nasional akan ditambah kepada RM50 juta pada tahun depan.

“Skim pembiayaan baharu yang diperkenalkan Ogos lalu itu bertujuan membantu usahawan dalam talian bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Peruntukan yang disediakan tahun ini hanya RM10 juta namun ia akan ditambah berikutan mendapat sambutan menggalakkan daripada usahawan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, seramai 30 kakitangan Tekun Nasional turut sudah menyertai kursus khas dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memudahkan urusan mendapatkan logo halal kepada usahawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI