fbpx

Murid tadika dibuli, Neelofa gesa pihak sekolah ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA menggesa pihak sekolah bertindak berhubung satu kes buli melibatkan seorang kanak-kanak yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Naluri kuat seorang ibu, selebriti terkenal Neelofa menggesa pihak sekolah mengambil tindakan terhadap kes mendakwa seorang kanak-kanak perempuan dibuli rakan sekelasnya yang tular dalam media, sosial baru-baru ini.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, perkara sebegitu tidak seharusnya dipandang remeh terutama oleh pihak sekolah terbabit kerana mampu memberi impak trauma  buruk kepada murid itu.

“Ini bukan isu yang remeh, jangan pandang kes buli sebegini normal.

“Trauma kanak-kanak dibuli akan memberi kesan yang sangat lama. Pihak sekolah perlu lakukan sesuatu,” coret Neelofa dalam satu perkongsian Instastory.

Tiga hari lalu, tular satu hantaran Instagram milik seorang wanita berstatus ibu kepada seorang kanak-kanak bernama, Ayra mendakwa anaknya dibuli rakannya di sekolah sehingga cedera pada bahagian muka dan mengalami trauma untuk ke sekolah yang terletak di Seri Kembangan.

Dalam hantaran tersebut, Ayra telah mengadu beberapa kali dibuli secara fizikal oleh rakan sekolah termasuk menendang bahagian perut dan seluarnya ditarik di hadapan orang lain.

Susulan kes itu, ibunya telah membuat aduan kepada pihak sekolah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil berhubung kes tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI