fbpx

Australia terlalu kuat buat Young Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Malaysia, Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pemain Australia pada aksi SOJC di Stadium Hoki Taman Daya sebentar tadi. - HOKITA

KUALA LUMPUR – Hasrat Malaysia untuk meraih kemenangan pertama pada aksi kedua Piala Sultan Johor (SOJC) tidak kesampaian apabila tewas teruk 0-8 kepada Australia sebentar tadi.

Kekalahan kedua di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru itu meletakkan pasukan hoki remaja lelaki negara di kedudukan tercorot liga sepusingan.

Lebih malang, skuad Young Tigers juga merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum berjaya mencatat kemenangan selepas dua perlawanan berbanding lima lagi negara bertanding.

Ia selepas Jepun bangkit menewaskan Great Britain 2-1, manakala Afrika Selatan mencatat kemenagan 5-4 ke atas India dalam dua lagi aksi yang berlangsung hari ini.

Australia yang kini merekodkan kemenangan kedua berturut-turut, meraih enam gol menerusi ledakan hatrik Cooper Burns pada minit ke-44, 55 dan 58.

Lima lagi gol Kokkaburras diperoleh menerusi dua jaringan Lima Hart pada minit ke-19 dan 47 selain masing-masing satu daripada Jake Lambeth (m-36), Jack Holland (m-49) serta Brodee Foster (m-59).

Skuad bimbingan Amin Rahim yang memulakan kempen SOJC dengan kekalahan 2-5 kepada India semalam, akan meneruskan aksi ketiga menentang Afrika Selatan pada Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI