fbpx

PRU15: Media sosial jadi ‘senjata’ raih undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNDI kini semakin bijak memilih calon yang berkelayakan bagi mewakili suara mereka di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal menyaksikan platform media menjadi ‘senjata’ utama bagi kebanyakan calon untuk meraih perhatian pengundi terutama dalam kala­ngan orang muda.

Tinjauan Kosmo! mendapati, hampir kesemua ahli politik dan parti-parti yang terlibat bagi pe­rebutan kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan media sosial ­masing-masing untuk meraih soko­ngan orang ramai.

Antara platform yang dilihat menjadi tumpuan adalah Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

Pakar Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berkata, apa yang menarik pada pilihan raya kali ini adalah kempen politik melalui media sosial telah dibenarkan secara rasmi.

Kata beliau, kempen secara dalam talian itu menyasarkan pengundi muda terutama yang berusia 18 tahun hingga 30 tahun.

“Ini kerana, kebanyakan anak muda meraih maklumat terkini daripada media sosial dan juga blog yang lebih mudah diakses.

“Jadi, medium ini memang efektif kalau digunakan de­ngan pendekatan yang betul dan bertepatan,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Azmi berkata, format kempen terkini perlu le­bih kreatif bagi menarik perhatian pengundi berbanding pendekatan yang terdahulu.

“Jika berkempen dengan ­hanya meletakkan maklumat ataupun video calon itu melawat sana sini, itu tak efektif sangat. Itu kekurangan yang ketara dalam format kempen baru ini.

“Mereka (calon) perlu lebih kreatif kerana sasaran ataupun pelayar-pelayar yang mencari maklumat dalam media sosial mempunyai ‘span of attention’ (jurang perhatian) yang singkat,” ujarnya.

Jelas Azmi, disebabkan itu kempen dalam media sosial memerlukan teknik tertentu dan selalunya lebih efektif apabila dilakukan oleh pihak ketiga yang lebih berkemahiran.

“Calon boleh mengupah atau mendapatkan khidmat mana-mana organisasi yang mempu­nyai kepakaran berkempen dalam media sosial. Mahu tak mahu, parti politik ataupun calon yang bertanding tidak boleh mengelak daripada berkempen dalam media sosial.

“Secara rambang, lebih kurang 34 peratus daripada pengundi dalam satu-satu kawasan itu akan hanya menggunakan ­telefon bimbit selain laptop sebagai wadah utama untuk mendapat maklumat,” jelasnya.

Mengulas lanjut berkenaan kempen tradisional atau bersemuka, Azmi mengakui bahawa perkara itu masih relevan bergantung kepada sasaran pengundi sesebuah kawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI