fbpx

JIM kesan lelaki warga Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wassem

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan seorang lelaki warga Pakistan bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih.

JIM menerusi kenyataan akhbar berkata, lelaki berkenaan dikenali Waseem Sarwer, 44, dengan nombor pasport AB5991232.

Menurutnya, lelaki itu dikesan beralamat terakhir di RSMY Bangi Best Cheese Naan Restaurant, No. G-8, G-9 & 1-8, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Lelaki itu dikehendaki berhubung kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Noramrina Saat di talian 03-88801338 atau 03-8881330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI