fbpx

PRU15: 363,515 petugas dilantik demi kelancaran pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 363,515 orang petugas akan dilantik bagi melancarkan proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRK15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak 8,958 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 saluran juga akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi yang akan dibuka sempena PRU kali ini adalah sebanyak 9,536 buah dengan 39,318 tempat mengundi atau saluran.

“PRU15 dan PRK DUN N.66, Sabah ini juga dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.01 bilion,” katanya pada sidang akhbar khas SPR di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghani, seramai 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus telah dilantik bagi menjalankan proses PRU15 dan PRK DUN N66 Sabah.

“SPR juga akan menubuhkan 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen yang diwakili oleh anggota polis, pihak berkuasa tempatan, dan wakil-wakil calon bertanding.

“Bagi maksud PRU15 dan PRK DUN N.66 Sabah, sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 222 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI