fbpx

Kerajaan Selangor cuba halang karnival usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz (dua kanan) dan Menteri KUSKOP (dua kiri) menyerahkan sumbangan skim pembiayaan kepada usahawan sewaktu Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor pada hari ini. FOTO/ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Penganjuran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia negeri Selangor di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam di sini cuba dihalang oleh kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang pada mulanya agar sukar melaksanakan karnival itu berikutan tidak dibenarkan dan dipersetujui kerajaan negeri.

“Nasib baik tapak ini swasta (persendirian) dan mereka tidak boleh halang. Kita buat ini untuk kepentingan dalam memberikan ruang kepada peniaga dan penjaja di Selangor dan bukan untuk berkempen.

“Itulah sikap sebenar mereka kepada peniaga dan nasib baik ada Menteri KUSKOP dan Menteri Kewangan yang prihatin dan kita tidak berusaha melaksanakan program ini,” katanya ketika berucap merasmikan karnival itu, hari ini.

Beliau turut memaklumkan apabila karnival itu berjaya menarik 10,000 pengunjung berbanding sasaran asal 4,000 terutama ketika hari bekerja.

“Ini jelas dan saya sudah nampak kebangkitan rakyat Selangor,” jelasnya.

Ismail Sabri turut berharap mana-mana kerajaan negeri sekalipun memberikan ruang sekiranya program kerajaan dilakukan untuk kepentingan peniaga dan usahawan kecil.

“Karnival usahawan ini beri ruang kepada usahawan pamerkan produk, berniaga dan sepatutnya disokong semua pihak termasuk kerajaan negeri,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI