fbpx

Ejen Mossad: Ahmad Zahid gesa hantar nota bantahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Luar supaya mengemukakan nota bantahan kepada Israel susulan laporan yang mengatakan terdapat penglibatan ejen perisikan negara itu di Malaysia.

Ahmad Zahid turut meminta kementerian tersebut membawa isu itu ke medan antarabangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan haram negara Israel yang melakukan tindakan ‘terrorisme’ di malaysia.

“Penglibatan ejen perisikan Israel menculik warga Palestin di Malaysia sangat serius.

“Semua tahu kita tiada hubungan diplomatik dengan rejim Zionis yang terkenal dengan dasar kezalinan dan isu hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, penglibatan Israel dalam kes penculikan itu bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan Malaysia, malah seolah mencabar kedaulatan negara.

Tambahnya, orang awam yang tidak berdosa boleh tercedera atau terkorban dengan operasi haram mereka di negara kita.

“Ini juga bermakna Israel mempunyai aset risikan di negara ini dan harus dibanteras segera.

“Kementerian Dalam Negeri perlu membuat kenyataan yang lebih menyeluruh dan bukan hanya di peringkat baru meneliti kerana mereka mempunyai mekanisme yang efisien dalam sistem keselamatan negara,” katanya.

Ujar Ahmad Zahid, sudah tentu 32 juta rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu langkah kerajaan bagi menangani situasi ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan pihak yang terlibat dengan perisikan asing yang berniat jahat diambil tindakan yang tegas tanpa kompromi.

“Syabas kepada polis yang berjaya menumpas suspek kes tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI