fbpx
Mahdzir (duduk tengah) bergambar bersama barisan penerima peranti siswa Keluarga Malaysia.

5,694 mahasiswa IPMA terima peranti siswa Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 5,694 mahasiswa dari kumpulan B40 Institusi Pendidikan MARA (IPMa) mula menerima peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya menerima hampir 10 ribu permohonan daripada lima institusi IPMa.

“Peranti ini diberikan kepada mahasiswa yang layak di bawah Fasa 1 bermula pada 3 September lalu, manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula telah mula diagihkan pada bulan Oktober selepas permohonan Fasa 2 dilanjutkan hingga 30 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, peranti tersebut diberikan secara hak milik kepada mahasiswa tanpa perlu memulangkannya semula kepada kerajaan selepas tamat sesi pengajian.

Tambah Mahdzir, di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) KPLB, mahasiswa yang menerima peranti tersebut adalah dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), University College Agroscience Malaysia (UCAM), Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German-Malaysian Institute (GMI).

“Kepada mereka yang belum menerima peranti ini, saya akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri agar inisiatif peranti siswa ini diteruskan kepada lebih banyak institusi pendidikan di bawah KPLB yang lain.

“Antaranya seperti Kolej Profesional MARA (KPM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan lain-lain IPT KPLB bagi memastikan mahasiswa menerima manfaat daripada inisiatif tersebut,” jelasnya.

Terdahulu Mahdzir merasmikan Majlis Penyampaian Peranti Siswa Keluarga Malaysia peringkat KPLB di UniKL Kampus Kota, Jalan Sultan Ismail hari ini.

Pada majlis itu, seramai 200 mahasiswa dari lima buah IPMa dari zon tengah melibatkan UniKL MIIT, UniKL Business School, KUPTM KL, KPTM Bangi dan GMI menerima peranti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR