fbpx

Tonton video lucah kecilkan otak, rosakkan saraf, hilang ingatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jika anda seorang yang suka menonton video lucah, sebaiknya hentikan segera tabiat buruk itu.

Ini kerana menurut pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan memaklumkan bahawa perbuatan mendatangkan banyak kemudaratan terhadap seseorang individu.

Katanya, pertama kesan menonton video lucah akan menyebabkan otak bahagian depan (ventral tegmental area) akan mengecil.

“Selain itu, perubahan bahan kimia neurotransmitter menyebabkan saraf rosak. Malah ia juga menghilangkan nafsu bila membuat hubungan intim.

“Seterusnya kesan menonton video lucah juga akan menyebabkan individu itu mudah lupa serta cepat hilang ingatan,” katanya di laman sosial.

Mengulas lanjut, Ahmad Samhan berkata, menonton video lucah juga akan menyebabkan seseorang itu akan cepat marah serta emosinya mudah terganggu.

Malah lebih teruk katanya, individu itu juga akan mengalami kerosakan otak lebih teruk berbanding dengan ketagihan dadah kokain. – KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI