fbpx

Pekerja kilang tipu lembu korban direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) direman empat hari bagi membantu siasatan kes menipu lembu korban di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pekerja kilang ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes penipuan urusan pembelian ternakan lembu untuk ibadah korban lima bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 25 tahun tersebut ditahan polis di Shah Alam, Selangor pada pukul 10 malam semalam.

“Setakat ini, kita menerima empat aduan daripada mangsa. Mereka ditawarkan lembu untuk ibadah korban dengan harga lebih murah berbanding pasaran,” katanya di sini hari ini.

Hanyan memberitahu, bagi menyakinkan mangsa, suspek menghantar gambar haiwan ternakan selain membawa sebahagian pembeli ke kandang kononnya miliknya di Kampung Mak Chili di sini.

Tambah beliau, mangsa yang mempercayai perkara tersebut membuat bayaran penuh, namun tidak menerima lembu dijanjikan sehinggakan gagal melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

“Suspek memberikan pelbagai alasan dan berjanji membayar ganti rugi namun bertindak menghilangkan diri.

“Saya menasihatkan

mangsa-mangsa suspek yang lain agar tampil membuat laporan polis segera bagi membantu siasatan,” katanya.

Hanyan berkata, kerugian keseluruhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI