fbpx

Nenek 55 tahun diperkosa secara berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA dibius sebelum diperkosa secara berkumpulan. - Unsplash / Andrey Zvyagintsev

NEW DELHI – Seorang nenek berusia 55 tahun di India diperkosa secara berkumpulan di sebuah asrama di bandar Lucknow, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 4 Oktober lalu ketika mangsa pergi ke bandar itu untuk menemui seorang sami sebelum diperkosa oleh empat lelaki.

Dalam soal siasat di balai polis, mangsa dikatakan bertemu seorang wanita bernama Geeta ketika berada di Prayagraj, negeri Uttar Pradesh.

Getta dikatakan terpaksa pulang kerana saudara lelakinya tidak sihat dan meninggalkan mangsa sendirian.

Mangsa mendakwa dia dibius dengan sejenis dadah dan diperkosa ketika tidak sedarkan diri. Dia juga diugut bunuh sekiranya melaporkan perkara tersebut kepada polis. 

Dia akhirnya berjaya melarikan diri dan menghubungi anggota keluarganya.

Bercakap kepada laman berita India Today, polis berkata, kes itu sedang disiasat dan tindakan segera akan diambil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI