fbpx
Anak-anak muda sememangnya mengharapkan kerajaan baharu selepas PRU15 dapat merealisasikan impian dan harapan mereka. – GAMBAR HIASAN

‘Kami undi siapa tawar gaji, kerja bagus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peluang pekerjaan yang banyak serta gaji setaraf dengan kelulusan antara permintaan dan harapan utama golongan muda buat kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Rata-rata mereka berpendapat, PRU15 merupakan medan terbaik bagi parti-parti politik untuk membawa manifesto yang lebih realistik bagi menyebelahi nasib anak muda.

Menurut seorang pengundi muda dikenali sebagai Afnan, 20, ketika ini peluang pekerjaan amat terhad terutamanya di kawasan luar bandar dan negeri-negeri tertentu.

“Kerajaan tidak boleh menumpukan peluang pekerjaan hanya di kawasan atau negeri tertentu sahaja kerana ia menyebabkan penghijrahan golongan muda, sekali gus merencatkan pembangunan di sesuatu tempat,” katanya.

Di Putrajaya, seorang pengundi yang bakal membuang undi buat pertama kali pada PRU kali ini, Danish Hairil, 23, mahu lebih banyak peluang pekerjaan disediakan dengan kadar gaji setimpal pada masa akan datang.

“Janganlah label kami anak muda ini suka memilih kerja atau tidak tahan tekanan, tetapi hakikatnya boleh tengok dan nilai sendiri, pekerjaan yang dilakukan adakah setimpal dengan gaji ditawarkan?” soalnya.

Sementara di Kluang, Johor, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Joni Muhamat Yahya berkata, tawaran kerja perlu dibuka kepada semua tahap pendidikan kerana tidak semua anak muda berkelayakan untuk belajar hingga ke menara gading.

Katanya, jawatan pekerjaan seperti bidang perguruan, kesihatan dan keselamatan secara hakikatnya masih memerlukan ramai anak muda untuk mengi­sinya.

Di samping itu, ujarnya, mengehadkan tawaran pekerjaan boleh diumpamakan membunuh semangat anak-anak muda untuk belajar ke peringkat lebih tinggi, kerana berasakan ia sia-sia apabila sukar mendapatkan kerja selepas tamat pengajian.

Di Yan, Kedah pula, pelajar tahun pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Nur Iylia Mohd. Jasme Pakhruddin, 19, pula berkata, peluang pekerjaan pen­ting bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan kera­na terpaksa bekerja dengan gaji tidak sepadan de­ngan kelayakan dimiliki.

“Sebagai graduan universiti, sudah pasti kami mengharapkan peluang pekerjaan setaraf de­ngan kelayakan akademik,” ujarnya.

Di Shah Alam, Selangor, seorang pelajar Universiti Utara Malaysia yang ketika ini sedang mengikuti latihan praktikal di sebuah syarikat swasta, K. Vishpani, 23, berkata, peluang pekerjaan menjadi isu utama memandangkan ramai graduan menamatkan pengajian setiap tahun.

Katanya, apa yang menjadi masalah apabila majikan lebih mengutamakan pekerja yang mempunyai pengalaman.

Dalam perkembangan lain, di Kuala Terengganu, pengundi muda berharap kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas PRU15 lebih fokus terhadap pembinaan negara yang lebih makmur dan pentadbiran bersih serta bebas daripada rasuah dan penyelewengan.

Muhammad Al Muhaimin Mohamad Hazman, 19, yang bakal mengundi buat pertama kali pada PRU kali ini berharap, kerajaan baharu itu nanti berupaya memacu ekonomi negara yang lebih baik.

Di Ipoh, Perak, Muhammad Nazmi Mohd. Subri, 20, mahukan golongan mahasiswa terutama­nya daripada golongan B40 dibantu oleh kerajaan lebih-lebih lagi melibatkan aspek kos sara hidup.

Justeru, dia berharap agar kerajaan mewujudkan lebih ba­nyak skim yang dapat membantu mahawiswa mengharungi kehidupan di dalam mahupun luar kampus.

Di Pulau Pinang, Presiden Mahasiswa Anak Balik Pulau, Muhammad Danial Alimin pula memberitahu, keinginan pe­ngundi muda pastinya mahukan kemakmuran dan kestabilan politik negara.

“Kestabilan kerajaan mampu menarik minat pelabur untuk datang ke Malaysia, sekali gus dapat menambah peluang pekerjaan khususnya kepada golongan mahasiswa dan belia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN