fbpx

PRU15: Najib Lep sertai UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib Lep

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir daripada Pas, Najib Lep telah menyertai UMNO Cawangan Selancar bagi meneruskan perjuangan politiknya.

Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed mendedahkan, permohonan Najib untuk menyertai UMNO itu diterima pada 31 Mei lalu.

Menurut beliau, Najib turut membawa masuk lebih 60 penyokongnya untuk mengambil tindakan sama.

“Permohonan kemasukan ini telah dirujuk ke Ibu pejabat UMNO Malaysia. Melalui Sistem keahlian UMNO, nama Najib Lep telah diterima menjadi Ahli UMNO pada 31 hb Mei 2022 di Cawangan Selancar.

“Najib Lep juga telah menghantar lebih kurang 60 orang yang berminat untuk menjadi ahli UMNO dan bercadang untuk menubuhkan cawangan baru di Hub Universiti Pagoh. Perkara ini juga telah dirujuk ke Ibu pejabat UMNO Malaysia bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI