fbpx

Kongsi foto romantik, Mas Idayu buang segala geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAS IDAYU dan suaminya Sufian Isa.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut Mas Idayu menepis desas-desus rumah tangganya bermasalah dengan berkongsi beberapa foto romantis bersama suaminya, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.

Kata pemilik nama Masidayu Mesnun, 50, dia sememangnya gemar berkongsi hantaran berbentuk kata-kata dan ceramah sebagai ingatan bersama pengikut laman sosialnya.

“Dari dulu saya sangat suka hantaran yang berbentuk ceramah, ‘sweet’ dan hint’. Siapa yang suka mesti mereka akan komen, ‘ya mummy aku juga seperti itu’.

“Tidak semestinya untuk saya. Saya suka mendengar komen mereka yang berbagi rasa. Itu saja,” tulisnya.

Penyanyi lagu Selangit itu turut menyampaikan kata-kata manis kepada suaminya dan berharap orang ramai mendoakan hubungan itu kekal sepanjang hayat.

“Buah hati terindah Mummy (saya) hanya seorang saja.

“Biarpun inai di jari semakin memudar, namun doa kami semoga Allah simpulkan hati kami seerat mungkin,” katanya.

Hantaran itu kini mencecah lebih 50,000 tontonan dan 6,000 tanda suka.

Dalam hantaran berbeza, Mas Idayu mengakui perlu membuang segala perasaan negatif, marah dan geram sekali gus tidak menunjukkan reaksi tidak sepatutnya ketika di tempat awam. Baginya orang ramai, peminat khususnya tidak perlu tahu segala masalah yang dihadapi seseorang artis tidak merosakkan situasi,

“Dalam apa juga, bila melihat orang bahagia gembira , tertawa , jangan kita datang merosakkan suasana, itu yang mummy belajar dan pegang , kita akan nampak lebih matang kerana bertahan demi berada di khalayak rama,” katanya merujuk tentang dakwaan tidak berasas netizen kepadanya sebelum ini.

Sebelum ini, penyanyi itu meluahkan bengang apabila sebuah blog hiburan melaporkan rumah tangganya kini goyah gara-gara status sedih yang dimuat naik di Instagram.

Untuk rekod, Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, dengan sekali lafaz pada 16 September lalu.

Mas Idayu dan Muhammad Sufian, 51, berkenalan sejak terbabit dalam program Mentor 3 pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI