fbpx

[VIDEO] Insiden pergaduhan cemar aksi bola sepak amatur Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan insiden pergaduhan melibatkan penyokong Matang FC dan Bima di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Aksi suku akhir kejohanan bola sepak bagi merebut Piala Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu antara Matang FC menentang Binjai Manis FC
bertukar kecoh apabila kedua-dua membuat kekecohan di Padang Astaka Kuala Berang di sini semalam.

Pergaduhan antara dua penyokong bola sepak bertaraf amatur itu berlaku sejurus berakhirnya perlawanan yang menyaksikan Matang FC berjaya menewaskan Bima 1-0.

Insiden yang dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong kedua-dua pasukan di tepi padang tersebut kemudiannya berlarutan hingga ke dalam sebuah kedai makan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kekecohan itu telah menyebabkan kerosakan melibatkan pagar padang dan cermin dinding kedai makan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut melibatkan antara 15 hingga 30 penyokong kedua-dua pasukan.

“Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan berkenaan pada pukul 6.55 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini

Mohd. Adli berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan lagi tetapi pihak penganjur dan pengurusan kedua-dua pasukan terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI