fbpx

Sotheby’s tawar 8 berlian biru bernilai lebih RM329 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi lapan berlian biru dipaparkan di firma Sotheby's di Bandar Raya New York pada 12 Oktober lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Firma lelongan Sotheby’s me­ngumumkan bahawa pihaknya akan menawarkan koleksi lapan berlian biru yang jarang ditemui dan dianggar bernilai lebih AS$70 juta (RM329 juta) kepada pembida, lapor agensi berita United press International (UPI).

Menurut Sotheby’s, jualan tersebut yang dinamakan Magnificent Jewels Auction, akan diadakan di New York, Hong Kong dan Geneva pada 2022 serta 2023.

Koleksi berlian daripada syarikat De Beers iatu adalah antara berlian biru yang paling berharga pernah ditawarkan untuk lelongan.

Semua berlian biru itu dibeli pada 2020 oleh syarikat De Beers dan Diacore dari lombong Cullinan di Afrika Selatan. 

Lombong tersebut juga me­nyaksikan penemuan berlian kategori Fancy Vivid Blue seberat 15.10 karat (3.02 gram) yang dijual pada harga AS$57.5 juta (RM270.25 juta) dalam satu lelongan, April lalu.

“Selepas dua tahun menyem­purnakan berlian ini dengan te­liti, kami amat bangga dan teruja untuk menawarkan koleksi luar biasa De Beers terdiri daripada beberapa butir berlian yang jarang ditemui di dunia,” kata pengerusi Diacore, Nir Livnat.

Acara lelongan pertama akan diadakan di Geneva pada 9 November ini, manakala lelongan berikutnya dijadualkan berlangsung di New York pada penghujung 2022, diikuti lelongan di Hong Kong pada musim bunga 2023.

“Hampir enam bulan selepas kami menetapkan penanda aras baharu harga tertinggi untuk berlian biru iaitu AS$57.5 juta (RM270.25 juta), kami berbesar hati kerana diamanahkan dengan koleksi Fancy Blue Diamonds ini,” kata ketua firma Sotheby’s di Amerika Syarikat, Quig Bruning.

Empat daripada lapan butir berlian biru digredkan oleh Institut Gemologi Amerika sebagai  Fancy Vivid, iaitu gred warna tertinggi untuk berlian berwarna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI