fbpx
SEORANG suami perlu bersikap adil dan bertanggungjawab jika memilih untuk berkahwin dua. – GAMBAR HIASAN

‘Kami bukan perampas, hanya mahu tumpang kasih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Di sebalik pelbagai cemuhan yang dilemparkan, tiada siapa mampu menyelami perasaan seorang wanita yang tekad memilih suami orang sebagai pasangan hidup.

Sekalipun digelar sebagai pe­rampas, mereka tetap berlapang dada dan mengakui hidup bermadu bukanlah seteruk yang di­sangka oleh kebanyakan orang.

Berkongsi pengalaman, seorang jurutera dikenali sebagai Nurul Shahidah, 35, berkata, dia memilih untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya yang berusia 42 selepas mendapat keizinan daripada isteri pertama.

Katanya, dia mula berkenalan dengan lelaki itu sewaktu sama-sama menguruskan sebuah projek pembinaan rumah kedai di Sabah.

“Sikap ambil berat suami ketika itu membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Pada awalnya, saya memang tidak tahu dia suami orang kerana saya pekerja baharu syarikat itu dan terus ditugaskan untuk menguruskan projek secara bersama.

“Selepas enam bulan kami berkenalan, saya mula beranikan diri untuk bertanya soal status lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, selepas meluahkan segala yang terpendam, lelaki itu kemudian datang berjumpa dan membawa bersama isterinya.

Nurul Shahidah memaklumkan, isteri pertama suaminya itu memberi keizinan untuk­nya berkahwin dan sedia untuk hidup bermadu disebabkan dia tidak mampu memberi zuriat atas faktor kesihatan.

“Kakak (isteri pertama) izinkan saya berkahwin dengan suami dan hanya meminta suami berlaku adil dan tidak mengabaikan segala nafkah serta keperluan setiap isterinya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pegawai bank yang mahu dikenali sebagai Roziana, 38, berkata, watak romantis, penyayang serta mempunyai kedudukan kewangan yang stabil menjadi tarikan dia memilih suami orang berbanding lelaki bujang.

“Sudah lima tahun berkahwin, mulut orang tetap saya tak boleh tutup, tetapi saya bersyukur hubungan saya dengan isteri pertama semakin baik. Dia dan anak-anaknya sudah mula terima saya dalam keluarga mereka.

“Tiga tahun juga saya cuba ambil hati mereka, buat baik untuk kesenangan bersama. Saya ­kesian pada suami kerana dia perlu berdepan amarah isteri pertama selama berkahwin de­ngan saya,” jelas­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN