fbpx

Seluar jeans buruk dijual harga RM357,124

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELUAR jean itu dikeluarkan pada tahun 1880-an. – Instagram

WASHINGTON – Sepasang seluar jeans dari tahun 1880-an yang dikeluarkan dari sebuah lombong beberapa tahun lalu, kini dijual pada harga AS$76,000 (RM357,124) dalam satu lelongan di utara negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News semalam. 

Jualan itu merupakan antara lelongan seluar jeans termahal di dunia.

Kule Haupert, 23, perlu membayar harga AS$87,400 (RM410,605) untuk mendapatkan seluar jeans jenama Levi Strauss itu termasuk caj premium pembeli.

“Saya masih agak keliru, saya terkejut kerana membelinya,” kata Haupert yang bekerja sebagai peniaga pakaian kepada akhbar The Wall Street Journal.

Dia membeli seluar jeans itu bersama Zip Stevenson yang merupakan pemilik syarikat pakaian vintaj, Denim Doctors. Syarikat itu berpangkalan di Los Angeles, California.

Walaupun Hauper menyumbang 90 peratus daripada bidaan itu, baki 10 peratus bayaran disediakan oleh Stevenson.

“Saya mempercayai dia (Stevenson) untuk mengesahkan bahawa seluar itu adalah tulen dari tahun 1880-an,” kata Haupert yang bergantung kepada kepakaran Stevenson.

Mereka kini merancang untuk menjual seluar jeans itu dengan tawaran tidak kurang daripada AS$150,000 (RM704,700).

Seluar jeans itu ditemui beberapa tahun lalu oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ahli arkeologi denim, Michael Harris di sebuah lombong terbiar di barat AS.

Walaupun seluar itu berusia dua abad, ia kelihatan masih utuh tanpa berlubang dan koyak. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI